Jumat, 14 Maret 2014
PruBSN Lancar Insurans HealthEnrich

PRUDENTIAL BSN Takaful Bhd (PruBSN) melancarkan pelan perubatan terbarunya HealthEnrich di samping merasmikan pertandingan PruBSN Step It Up Challenge yang bermula hari ini sehingga 16 September dengan matlamat utama meningkatkan kesedaran tentang kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Azim Mithani berkata, HealthEnrich adalah pelan perubatan Prudential yang mampu memenuhi keperluan pelanggan.
“Kami percaya penting bagi produk yang kami tawarkan kekal unik.
“Kami ingin galakkan warga Malaysia mengamalkan gaya hidup lebih sihat sejajar dengan pengenalan pelan terbaru ini yang lebih inovatif,” katanya semasa majlis pelancaran pelan tersebut di Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya, untuk mendekati orang ramai, syarikat takaful itu juga mengadakan kempen PruBSN Step It Up Challenge.
“Kempen yang dilancarkan ini membolehkan kami berkongsi tips kesihatan dengan orang ramai dan seterusnya mereka berpeluang untuk mendapatkan maklumat tentang kelebihan pelan ini bagi disesuaikan dengan keperluan perubatan mereka.
“Terdapat empat pelan di bawah HealthEnrich iaitu HealthEnrich Vital, HealthEnrich Select, HealthEnrich Advanced dan HealthEnrich Premier,” katanya.
Cabaran PruBSN Step It Up Challenge, memberi peluang kepada orang ramai untuk mengambil bahagian dalam dua ujian kecergasan yang melibatkan larian dan lompatan.
Pendaftaran untuk cabaran ini yang telah diumumkan di laman rasmi Facebook dan saluran YouTube PruBSN juga dibuka kepada pengunjung yang hadir di pusat membeli-belah One Utama bermula 11 September. – Sinar Harian
Related Posts : healthenrich,
insurans,
lancar,
prubsn
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar